Sunday, January 22, 2012

Penyakit- Penyakit Umat Terdahulu

    Daripada Abu Hurairah r.hu katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah ditimpa umat-umat yang terdahulu", Sahabat bertanya," Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?".Nabi menjawab, "penyakit-penyakit itu ialah:1.terlalu banyak berseronok, 2.terlalu mewah, 3.menghipun harta sebanyak mungkin, 4.tipu menipu dalam merebut harat benda dunia, 5.saling memarahi, 6.hasut menghasut sehingga mejadi zalim menzalimi".(H.R. HAKIM)




      keterangan
     Penyakit-penyakit yang di sebut oleh Rasulullah s.a.w tadi telah banyak kita lihat dikalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana  sini kita lihat penyakit merebak dan manjalar masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yanag sangat tajam dan runcing. Dengan kekosongan rohaniitulah mereka terpaksa mencari harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka bila hawa nasfu diperturutkan tentunya mereka terpaksa mengunakan segala macam cara dan menipu helah. Disaat itu, hilang lah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan , khianat, hasut-menghasut, dan sebagainya. Marilah kita renungkan hadis ini, dan marilah kte bermuhasabah!.





                       Umat dahulu banyak penyakit,
                                 Usah diikut jalan mereka,
                       Kerana mewah banyak berduit,
                                 Jikalau kita mahu bahagia.

                       Harta dihimpun berderet-deret,
                                 Biarlah hidup berpada-pada,
                      Akhirnya hidup himpit-menghimpit,
                                 Dunia ini menuju fana.




                      

Saturday, January 21, 2012

Jauhi Cara Hidup Yahudi dan Nasrani

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.hu berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka," Sahabat bertanya. Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yanag kamu maksud kan?. Nabi s.a.w menjawab,"siapa lagi kalau bukan mereka,"(H.R muslim)


keterangan


   Umat islam mengikut langkah atau pun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan pekara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang yahudi dan nasrani masuk kelubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang islam akan mengikut mereka. Zaman sekarang ini kita dapat lihat kenyataan sabda Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang islam kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Meraka banyak meniru cara hidup yahudi dan nasrani sama ada meraka sedar atau pun tidak. Ramai orang islam terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nasrani dan ramai pula yang menjadi alat tali barut mereka.
Ya ALLAH! Selamatkan lah kami.



                    Langkah Yahudi jangan diturut,
                     Umat Yahudi dimurka tuhan, 
              Jalan Nasrani jangan diikut,
                    ilmu dituntut, Amalan di tinggalkan.


             Kenapa kita mesti melutut,
                   Umat Nasrani sesat dijalan,
             Kepada bangsa bersifat taghut,
                  Amal dibuat tanpa pendoman.


Oleh itu sama2 lah kte menjauhi langkah-langkah kehidupan Yahudi dan Nasrani dalam hidup kita....
kerana cara kehidupan mereka membawa kehancuran kepada diri kita.

Thursday, January 19, 2012

Marilah Sama-Sama kte jauhi penyakit wahan

Dari Tsauban r.a berkata: Rasullullah s.a.w Bersabda; "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya,"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab," bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dah ALLAH akan mancabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan ALLAH akan mencampakan ke dalam hati kamu pennyakit "wahan". Seorang sahabat bertanya:"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab:"Cinta pada dunia dan takut pada mati,"



keterangan
        Memanag benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan keadaan umat Islam pada hari ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
       Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan mengumpul kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari kaum muslimin itu sendiri , iaitu penyakit "wahan" yang merupakan penyakit campuran daru dua unsur kedua-dua penyakit ini tidak dapat di pisahkan. "Cinta Dunia" bermakna tamak, rakus dunia dan tiada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan ALLAH S.W.T. "Takut Mati" pula bermakna leka dengan kehidup. Kita berdoa agar ALLAH S.W.T menurun kan nushraNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan  didunia dan diakhirat.




                                                     Dunia luar datang mengepung,
                                                     Dunia islam sudah terkurung,
                                                     Ibarat buh hanyut terapung,
                                                     dupukul ombak besar mengunung.


                                                     Bilangan banyak tidak berguna,
                                                     Bila "wahan" penyakit kita,
                                                     Takut mati, Cinta dunia,
                                                     Sangat rosak iman di dada.

Mengenal Munafik

Makna munafik
Dari Segi Bahasa:
Orang yang menyembunyikan  perkara atau maksud sebenar.

Dari Segi Syarak:
Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya oranag munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran islam
dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi didalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda Seseorang itu Menjadi Munafik:

1. Iman Tidak tetap dan TIdak Teguh
   Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikaut arah tiupan  angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah
     Orang munafik ini bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang   sedang beribadat , dia turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat olah khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak Tetap Kata
     Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang mukmin yang lain, dia akan memuji-muji islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut, tetapi dibelakang orang mukmin, secara senyap, dia menghina islam.

4. Sentiasa Mengharap Kebaikannya Dibalas
    Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5. Jiwanya Tidak Tenang
    Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6. Menjadi Dunia sebagai Matlamat Hidup
    Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.



"bayangkan bertapa hinanya jika kita tergolong dalam golongan munafik ini yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Tambahan pula, seksaan bagi golongan munafik ini sangatlah berat."

                            seperti firman ALLAH S.W.T

maksudnya: Sesunguhnya orang yang munafik itu akan     ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka.(surah al- nisa':145)
   

Wednesday, January 18, 2012

ketakutan hazrat abu bakar r.hu terhadap ALLAH S.W.T

 Menurut ijma'(kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu Bakar r.hu ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai alhi syurga sudah pasti. Nabi s.a.w sendiri pernah memberitahu berita gambira kepada beliau tentang kedudukan beliau didalam surga. Bahkan di beritahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada sesuatu kumpulan ahli syurga.Semua pintu surga akan menyeru dan menmanggil nama beliau.

 Baginda s.a.w penah bersabda"Abu Bakar ialah orang mula-mula sekali akan masuk surga dikalangan umatku"

 Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang2 beliau berkata,'Alang kah baiak nya andai nya aku sebatang pokok yg akan di tebang'.
 kadang2 beliau berkata"Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yg akan dimakan oleh haiwan ternakakn",
 kadang2 beliau berkata"Alangkah baik jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin"

 Pada suatu ketika beliau telah memasuki suatu kebunndan lihat seekor hawan yg sedang duduk.Beliau menghela nafas panjang sambil berkata,"Bertapa gembira nya hidupmu,kamu makan , kamau minum, kamu ke sana dan kemari di bawah naungan pokok2, di akhirat nnti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu."[tarikkhul khulafa'].

  Hazrat rabi'ah Aslami r.hu menceritakan, "Pernah sekali berlaku penterkaran antara saya dan Hazrat Abu Bakar r.hu kerana sesuatu perkara.Beliau telah mengatakan sesuatu yanag kasar terhadap saya yg saya tidak suka.Beliau segera meyedari perkara itu dan berkata kepada saya,"engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya."

 Saya enggan mengatakan perkataan itu.Maka beliau pun berkata,"Sama ada engkau katan kan perkataan itu kepada saya ataupun saya akan pergi dan ajju kan perkara ni kepada Rasullulah s.a.w

 Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan.Lantas beliau telah bagun dan terus pergi.Beberapa orang daripada Banu Aslam datang berkata,"Adakah ini satu perbuatan wajar?, Dia yang membuat satu kesilapan dan dia juga yanag ingin adukan kepada rasulullah s.a.w.

  Saya menjawab,"Adakah kamu mengatahui siapa beliau?, Beliau ialah Hazrat Abu Bakar Siddiq r.hu. Sekira beliau merajuk denganku maka Rasul yg dikasihi ALLAH S.W.T juga akn memarahi aku.Dengan kemarahan baginda s.a.w, ALLAH S.W.T juga akan murkai aku. Jika demikian, tiada apa2 keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."

 Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan peristiwa td. Baginda pun bersabda,"Tindakan kamu itu betul, memang sepatut nya engkau tidak menjawab dan membalas terhadap beliau.Cuma sebagai ganti, katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga ALLAH s.w.t mengampuni kamu


            keterangan


 Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.hu kepada ALLAH s.w.t. Beliau bergitu risau dan mengambil berat tentang suatu perkataan yg remeh sehingga pada mula nya beliau sendri memintak dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi'ah r.hu mengambil tindakan balas.Pada hari ini,sungguh pun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.



Apa yg kita ketahui sama-sama lah kita amal kn dan kita sampai kan.....INSYAALLAH....

sesiapa yg mahu share....silakan...