Thursday, January 19, 2012

Mengenal Munafik

Makna munafik
Dari Segi Bahasa:
Orang yang menyembunyikan  perkara atau maksud sebenar.

Dari Segi Syarak:
Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya oranag munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran islam
dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi didalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda Seseorang itu Menjadi Munafik:

1. Iman Tidak tetap dan TIdak Teguh
   Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikaut arah tiupan  angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah
     Orang munafik ini bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang   sedang beribadat , dia turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat olah khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak Tetap Kata
     Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang mukmin yang lain, dia akan memuji-muji islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut, tetapi dibelakang orang mukmin, secara senyap, dia menghina islam.

4. Sentiasa Mengharap Kebaikannya Dibalas
    Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5. Jiwanya Tidak Tenang
    Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6. Menjadi Dunia sebagai Matlamat Hidup
    Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.



"bayangkan bertapa hinanya jika kita tergolong dalam golongan munafik ini yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Tambahan pula, seksaan bagi golongan munafik ini sangatlah berat."

                            seperti firman ALLAH S.W.T

maksudnya: Sesunguhnya orang yang munafik itu akan     ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka.(surah al- nisa':145)
   

1 comment:

Nur Zulaikha said...

ciri2 munafik itu ada 4..
1.apabila dia berkata ia berdusta
2.apabila dia mmbuat perjanjian die mungkiri
3.apabila die bergaduh die melampaui batas
4.(yg ni tak bape ingat..maaf sgt2..) hehehe..