Wednesday, January 18, 2012

ketakutan hazrat abu bakar r.hu terhadap ALLAH S.W.T

 Menurut ijma'(kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu Bakar r.hu ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai alhi syurga sudah pasti. Nabi s.a.w sendiri pernah memberitahu berita gambira kepada beliau tentang kedudukan beliau didalam surga. Bahkan di beritahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada sesuatu kumpulan ahli syurga.Semua pintu surga akan menyeru dan menmanggil nama beliau.

 Baginda s.a.w penah bersabda"Abu Bakar ialah orang mula-mula sekali akan masuk surga dikalangan umatku"

 Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang2 beliau berkata,'Alang kah baiak nya andai nya aku sebatang pokok yg akan di tebang'.
 kadang2 beliau berkata"Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yg akan dimakan oleh haiwan ternakakn",
 kadang2 beliau berkata"Alangkah baik jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin"

 Pada suatu ketika beliau telah memasuki suatu kebunndan lihat seekor hawan yg sedang duduk.Beliau menghela nafas panjang sambil berkata,"Bertapa gembira nya hidupmu,kamu makan , kamau minum, kamu ke sana dan kemari di bawah naungan pokok2, di akhirat nnti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu."[tarikkhul khulafa'].

  Hazrat rabi'ah Aslami r.hu menceritakan, "Pernah sekali berlaku penterkaran antara saya dan Hazrat Abu Bakar r.hu kerana sesuatu perkara.Beliau telah mengatakan sesuatu yanag kasar terhadap saya yg saya tidak suka.Beliau segera meyedari perkara itu dan berkata kepada saya,"engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya."

 Saya enggan mengatakan perkataan itu.Maka beliau pun berkata,"Sama ada engkau katan kan perkataan itu kepada saya ataupun saya akan pergi dan ajju kan perkara ni kepada Rasullulah s.a.w

 Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan.Lantas beliau telah bagun dan terus pergi.Beberapa orang daripada Banu Aslam datang berkata,"Adakah ini satu perbuatan wajar?, Dia yang membuat satu kesilapan dan dia juga yanag ingin adukan kepada rasulullah s.a.w.

  Saya menjawab,"Adakah kamu mengatahui siapa beliau?, Beliau ialah Hazrat Abu Bakar Siddiq r.hu. Sekira beliau merajuk denganku maka Rasul yg dikasihi ALLAH S.W.T juga akn memarahi aku.Dengan kemarahan baginda s.a.w, ALLAH S.W.T juga akan murkai aku. Jika demikian, tiada apa2 keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."

 Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan peristiwa td. Baginda pun bersabda,"Tindakan kamu itu betul, memang sepatut nya engkau tidak menjawab dan membalas terhadap beliau.Cuma sebagai ganti, katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga ALLAH s.w.t mengampuni kamu


            keterangan


 Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.hu kepada ALLAH s.w.t. Beliau bergitu risau dan mengambil berat tentang suatu perkataan yg remeh sehingga pada mula nya beliau sendri memintak dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi'ah r.hu mengambil tindakan balas.Pada hari ini,sungguh pun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.



Apa yg kita ketahui sama-sama lah kita amal kn dan kita sampai kan.....INSYAALLAH....

sesiapa yg mahu share....silakan...
 

1 comment:

Nur Zulaikha said...

"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"-hadis nabi..good sharing..keep it up..