Saturday, January 21, 2012

Jauhi Cara Hidup Yahudi dan Nasrani

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.hu berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka," Sahabat bertanya. Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yanag kamu maksud kan?. Nabi s.a.w menjawab,"siapa lagi kalau bukan mereka,"(H.R muslim)


keterangan


   Umat islam mengikut langkah atau pun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan pekara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang yahudi dan nasrani masuk kelubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang islam akan mengikut mereka. Zaman sekarang ini kita dapat lihat kenyataan sabda Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang islam kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Meraka banyak meniru cara hidup yahudi dan nasrani sama ada meraka sedar atau pun tidak. Ramai orang islam terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nasrani dan ramai pula yang menjadi alat tali barut mereka.
Ya ALLAH! Selamatkan lah kami.



                    Langkah Yahudi jangan diturut,
                     Umat Yahudi dimurka tuhan, 
              Jalan Nasrani jangan diikut,
                    ilmu dituntut, Amalan di tinggalkan.


             Kenapa kita mesti melutut,
                   Umat Nasrani sesat dijalan,
             Kepada bangsa bersifat taghut,
                  Amal dibuat tanpa pendoman.


Oleh itu sama2 lah kte menjauhi langkah-langkah kehidupan Yahudi dan Nasrani dalam hidup kita....
kerana cara kehidupan mereka membawa kehancuran kepada diri kita.

2 comments:

Nur Zulaikha said...

dah bnyk sgt..tak tahu lah..harap2 kite tak terpesong...moga2 dijauhkan

muhamad khoirel said...

insyaALLAH....same2 ar kte tgk cara hidup kte mcm mane...